Sunday, May 31, 2009

Salam Rindu dari Bratislava

Ini Mama kat Bratislava, Republic of Slovakia. Mama rindu kat semua. Conference dah habis, Mama pun dah letih sangat, Mama tak sabar dah nak balik. I love u all. :)

Sunday, May 17, 2009

Baru dan Lama



Pada 11 Mei baru-baru ni, Mudarris telah menukar kereta "Charade" yang telah banyak berjasa tu dengan kereta "Viva". Sedih jugak teringat kereta lama tu, hajat dihati tak nak jual, ingat nak pakai je tapi oleh kerana enjinnya jamp terus terpaksalah tolak jugak kepada seorang pomeng dari Seberang Takir dengan harga cuma RM600.

Selamat Pengantin Baru




Pada 9 Mei 2009 baru-baru ini berlangsung majlis perkahwinan Mak Nie (Nor Aini bt Ab. Razak) dengan Mohd Nazri bin Ramli. Semoga Mak Nie bahagia dunia dan akhirat....Justify Full

Wednesday, May 13, 2009

Sukan Pasti Peringkat Kawasan




Baru-baru ini berlangsung sukan Pasti Kawasan Kuala Terengganu, Adik Iffah mewakili kawasan (Dun) Ladang dari Pasti Al-Fathonah, Bukit Besar. Iffah bermain bola jaring dan telah mendapat johan. Hadiah disampaikan oleh Adun Ladang YBM. Dato' Tengku Hasan di Markaz Tarbiah, Kuala Terengganu.

Kelas Tae Kwan Do





Abang Fattah dan Adik Amin mula masuk kelas Tae Kwan Do di Kelab Gemilang Taekwaondo Terengganu di Bandar Kuala Terengganu yang dipimpin oleh Master Sheikh.

Saturday, May 2, 2009

Sukaneka Pasti Fathonah 2009






Aksi adik Amin dan dan adik Iffah ketika Sukaneka Pasti Fathonah Bukit Besar