Sunday, May 17, 2009

Baru dan Lama



Pada 11 Mei baru-baru ni, Mudarris telah menukar kereta "Charade" yang telah banyak berjasa tu dengan kereta "Viva". Sedih jugak teringat kereta lama tu, hajat dihati tak nak jual, ingat nak pakai je tapi oleh kerana enjinnya jamp terus terpaksalah tolak jugak kepada seorang pomeng dari Seberang Takir dengan harga cuma RM600.

Selamat Pengantin Baru




Pada 9 Mei 2009 baru-baru ini berlangsung majlis perkahwinan Mak Nie (Nor Aini bt Ab. Razak) dengan Mohd Nazri bin Ramli. Semoga Mak Nie bahagia dunia dan akhirat....Justify Full

Wednesday, May 13, 2009

Sukan Pasti Peringkat Kawasan




Baru-baru ini berlangsung sukan Pasti Kawasan Kuala Terengganu, Adik Iffah mewakili kawasan (Dun) Ladang dari Pasti Al-Fathonah, Bukit Besar. Iffah bermain bola jaring dan telah mendapat johan. Hadiah disampaikan oleh Adun Ladang YBM. Dato' Tengku Hasan di Markaz Tarbiah, Kuala Terengganu.

Kelas Tae Kwan Do





Abang Fattah dan Adik Amin mula masuk kelas Tae Kwan Do di Kelab Gemilang Taekwaondo Terengganu di Bandar Kuala Terengganu yang dipimpin oleh Master Sheikh.

Saturday, May 2, 2009

Sukaneka Pasti Fathonah 2009






Aksi adik Amin dan dan adik Iffah ketika Sukaneka Pasti Fathonah Bukit Besar

Thursday, April 23, 2009

Hari Sukan SKSB II

  1. Mama, Adik Aishah, Cik Ya(tukang ambik gambar) pun datang.
  2. Adik Amin di Hari Sukan SKSB II.
  3. Abang main apa ya?
  4. Pelajar-pelajar 3 Al-Ghazali membuat persembahan senamrobik pocho-pocho. Cuba cari mana Alia?
  5. Ni gambar kawan-kawan Abang.

Tuesday, April 7, 2009

Happy Birthday to YA!

Birthday Yaya yang ke-9. Ya lahir pada tahun 2000. Jadi, senang nak ingat birthday Ya. Kalau 2009, maknanya umur Ya 9 tahun. Kalau 2020, teka, berapa tahun umur Ya?

Mama beli kek yang sedap. Cuma 7 orang je yang makan, iaitu Ya, Abang, Ipah, Amin, Mama, Tok dan Tokki... opsss.. terlupa, Ya bagi sedikit dekat kawan dia Afifah yang duduk dekat rumah Tok Ki Tok 'Eng. Lain kali Ya kena beli kek besar sikit, barulah ramai dapat makan.

Hadiah birthday mana Ya?? Ya kena ambik gamar hadiah birthday, ok??